7-9 Jun 2024 - Tahniah Diucapkan kepada Saudara Muhammad Arif Hafidi Bin Ariffin yang merupakan Alumni ILP Tangkak keluaran 2/2023 Bidang Teknologi Pembuatan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Muda Johor Sesi 2024/2025 dalam Majlis Penyampaian Watikah Dewan Muda Johor Sesi 2024/2025 x Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ).
Beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merangkap pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa ILP Tangkak Tahun 2023 yang sangat proaktif dan komited sepanjang beliau menyandang jawatan tersebut.
Dewan Muda Johor (DMJ) 4.0 adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan 56 orang wakil suara anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang & membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.
Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor melalui konsep “Persidangan”.
Semoga lebih ramai lagi Alumni ILP Tangkak terus cemerlang dan melahirkan generasi pemimpin pelapis yang berwibawa dan cakna akan isu masyarakat.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
