11 September 2025 - Bahagian Pengurusan pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah bagi bulan September.
Sesi Takilmat Jenayah Buli dikalangan pelajar telah diberikan pada perjumpaan ini bagi mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan harmoni, meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif buli serta membentuk pelajar yang berakhlak mulia, saling menghormati dan menyayangi.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Muhammad Azizi Bin Shamsudin dari Unit Siasatan Perundangan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Tangkak diatas taklimat yang telah disampaikan. Semoga kesedaran ini dapat mengekang kejadian buli dan melahirkan persekitaran yang baik dikalangan pelajar.
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bebas Buli!”
