Accessibility Tools

Selamatmenyambut.png
penjenamaanilpadtec.png
HBP 2025 bm.png
hebahaniso2025.png
bannerjommasukILPTangkak.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Kerja Wakil Parlimen Sekijang Ke ILP Tangkak

19 Mei 2025 - Satu lawatan kerja oleh En. Suriya A/L Muniandy, Wakil Parlimen Sekijang, Segamat telah diadakan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak bagi membincangkan kerjasama strategik serta perancangan program promosi TVET khususnya inisiatif “Jom Masuk ILP Tangkak”.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka

17 Mei 2025 - Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka sebagai salah bentuk pendidikan dan melahirkan kesedaran kepada pelajar PRS dalam proses pelaksanaan program, kesedaran motivasi dalaman dan memberikan suntikan kemanusiaan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
 
Melalui program ini selain dapat memperkukuhkan promosi di masyarakat luar ia secara tidak langsung membantu pelajar menjadi individu yang mempunyai nilai kemanusiaan, empati dan saling menghormati diantara satu sama lain. Kelab PRS juga berjaya menyumbang Water Jet kepada Penyelia Villa Harapan Melaka untuk kegunaan pembersihan Penghuni.
 
Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025, program ini merupakan salah satu program yang mendidik belia berjiwa prihatin, yakin kepada diri sendiri dan sentiasa peka dengan isu kemasyarakatan yang berlaku di dalam kehidupan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

CSR Wira Kesuma : Pemasangan CCTV & Pendawaian Kabel Rangkaian di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor

13 - 16 Mei 2025 - Alhamdulillah, Program CSR Wira Kesuma : Pemasangan CCTV & Pendawaian Kabel Rangkaian di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor selama 4 hari bermula 13 hingga 16 Mei 2025.
 
Program ini melibatkan:
✅ Pemasangan sistem CCTV keselamatan di kawasan dalam & luar masjid
✅ Kerja-kerja pendawaian rangkaian ICT bagi ruang pejabat dan multimedia masjid
✅ Taklimat operasi sistem kepada AJK Masjid
✅ Penyerahan rasmi sistem keselamatan & rangkaian ICT
 
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan pengurusan masjid melalui kemudahan teknologi moden.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Teknikal ICT Wira Kesuma ILP Tangkak yang terdiri daripada 7 orang tenaga pengajar dan 5 orang pelajar semester 3 sesi 1/2024, dan barisan AJK Masjid Taman Banang Jaya atas kerjasama dan sokongan yang amat baik sepanjang program ini.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat ILP Tangkak

15 Mei 2025 - Telah berlangsung dengan penuh semangat bacaan Ikrar Hari Belia 2025 yang telah diketuai oleh Saudara Muhammad Alif Aiman bin Abrizam, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ILP Tangkak 2025 pada Sambutan Hari Belia Negara 2025.
 
Seramai 325 orang pelajar telah menyertai sambutan ini yang dimulai dengan acara senam sihat yang turut melibatkan kakitangan ILP Tangkak secara keseluruhan.
 
Selamat Hari Belia Negara 2025
“Belia Malaysia Yakin Boleh!”
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan