Accessibility Tools

Kursus Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) (Green Card) Pelajar Semester Akhir Siri 1 dan Siri 2

14 – 15 Mei 2025 - 38 orang pelajar semester akhir dari bidang Teknologi Kimpalan, Teknologi Komputer (Rangkaian) dan Teknologi Fabrikasi Logam ILP Tangkak telah didedahkan dengan Keselamatan Pekerja Tapak Binaan didalam Kursus Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) (Green Card) Pelajar Semester Akhir Siri 1 yang dijalankan pada 14 Mei 2025.
 
Kursus diteruskan pada 15 Mei 2025 bagi kursus yang sama bagi Siri Kedua buat 37 orang pelajar Kursus Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan), Teknologi Pembuatan, Teknologi Plastik dan Teknologi Mekatronik.
 
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Rahman bin Selamat diatas ilmu yang telah disampaikan buat pelajar semester akhir ini sebagai persediaan bakal graduan mendepani alam pekerjaan kelak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles