Accessibility Tools

Pertandingan Azan Sempena Ihya' Ramadhan (2)

Pada 27 Februari 2026 yang lalu, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Azan sempena Program Ihya Ramadan bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang mewakili 7 bengkel. Setiap peserta menampilkan laungan azan yang penuh penghayatan, kemerduan suara serta semangat dalam memartabatkan syiar Islam di kampus.
 
Barisan juri yang arif lagi berpengalaman terdiri daripada:
✨ En. Muhammad Syafiq Bin Wagimi
✨ En. Marosdi Bin Mamat
✨ En. Mohd Nazri Bin A. Bakar
 
Antara tujuan penganjuran pertandingan ini adalah untuk:
📌 Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian
📌 Mencungkil bakat pelajar dalam seni laungan azan
📌 Meningkatkan keyakinan diri pelajar
📌 Memupuk semangat ukhuwah dan kebersamaan warga kampus
 
Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”