Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Majlis Perhimpunan Bulanan Tuan Pengarah Bersama Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi bakti tuan dikenang disanjung
Kekal subur dalam ingatan
 
10 Oktober 2025 - Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Begitu lah asam garam sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam. Bagi menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih buat En Abdul Halim Bin Abdul Ghani sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat di institusi ini.
 
Majlis yang bertemakan Kesultanan Melayu bermula dengan perarakan konvoi motosikal dari Taman Negara Johor Gunung Ledang ke Kampus Tangkak dan diteruskan dengan perarakan beca mengelilingi Kampus.
 
Majlis turut diserikan dengan iringan paluan kompang, persembahan tarian zapin serta persembahan dari Band ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Ia bukan sahaja memberi ruang untuk mengenang jasa En. Abdul Halim bin Abd. Ghani, malah mempererat hubungan silaturahim antara semua warga ADTEC Tangkak. Semoga beliau terus diberi Kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam menempuh fasa kehidupan seterusnya.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Promosi di SMK Palong Timur sempena Hari Kerjaya Dan Keusahawanan

9 Oktober 2025 - Aktiviti promosi kemasukan sesi 1/2026 terus digiatkan dengan bagi memberikan pengetahuan berkaitan laluan kerjaya dan pendidikan dalam bidang kemahiran kepada bakal pelajar Sijil Pelajaran Malaysia.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Brisk Walk Bil 4/2025

8 Oktober 2025 - Program Brisk Walk anjuran Jawatankuasa Environmental Social Dan Governance (ESG) ADTEC JTM Kampus Tangkak diteruskan dengan penglibatan semua pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan kampus.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

6 Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Terpilih Mengikuti Kursus APV

7-8 Oktober - ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati mengumumkan bahawa enam (6) orang tenaga pengajar kami telah terpilih untuk mengikuti Kursus Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) baru-baru ini.
 
Kursus penting ini telah dianjurkan oleh CIAST dan dikendalikan oleh Encik Wan Mohd Hadi bin Wan Abd Rahman selaku urus setia yang mewakili CIAST di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Tangkak
 
Program ini menampilkan penceramah-penceramah berkaliber dan berwibawa, iaitu:
• Encik Abdul Saman Bin Taip (Pengarah Pusat Latihan Jaminan Kualiti Malaysia) dari MQA.
• Professor Dr. Hj. Mohamad Abdullah Bin Hemdi (Deputy Vice Chancellor (Academic)).
• Puan Farwahida Binti Ibrahim (Unit Tauliah Wilayah Selatan) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Peserta telah didedahkan secara mendalam mengenai penggabungan COPPA dengan KAPPK yang kini menghasilkan COPTPA. Mereka juga mempelajari elemen-elemen teknikal yang perlu diberi perhatian dalam proses akreditasi selepas dilantik sebagai Ahli Panel TVET (APV). Secara ringkasnya APV adalah pakar yang bertindak sebagai juruaudit untuk menjamin kualiti dan kesahihan program latihan kemahiran di Malaysia di bawah seliaan JPK.
 
Tahniah diucapkan kepada Encik Azarudin Bin Asrap, Encik Mohd Nazri Bin Salim, Encik Mohd Suhaimi Bin Mat Din, Encik Sappa Bin Sampe, Encik Zamry Bin Zakaria, dan Encik Mohd Afizalamri Bin Mohd Asrab atas peningkatan kepakaran ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memastikan kualiti program TVET di ADTEC Tangkak sentiasa dipertingkatkan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan