Accessibility Tools

tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Program CSR Khidmat Komuniti Madani

ILP Tangkak telah dijemput untuk menjalinkan kerjasama bersama SK Puteri Ledang di dalam merealisasikan Khidmat Komuniti Madani di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
Khidmat Komuniti ini telah disertai seramai 35 orang pelajar Sijil Teknologi Rangkaian Komputer dan telah disertai wakil pengajar dari Unit Pengurusan Psikologi, Unit Cess dan Juga Unit BPPL.
 
Antara perkhidmatan yang diberikan pelajar ILP Tangkak adalah mengemaskini kabel komputer, mengecat , membersihkan kawasan sekolah dan melaksanakan program motivasi kepada murid-murid Sk Puteri Ledang.
 
Semoga kerjasama ini terus terjalin dalam meningkatkan ukhwah bersama agensi setempat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat ILP Tangkak

 
Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 ILP Tangkak telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menyemarakkan suasana dan semangat kemerdekaan dikalangan warga ILP Tangkak.
 
ILP Tangkak turut mengambil peluang dalam penyertaan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tangkak yang telah dijalankan di Dataran Tangkak pada 31 Ogos 2023. Syabas buat kontigen ILP Tangkak yang disertai oleh pelajar ILP Tangkak dan pensyarah pengiring yang berusaha bagi melancarkan perarakan kemerdekaan tersebut.
 
Disamping itu, Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Tangkak turut menjalankan pelbagai pertandingan bertemakan kemerdekaan antaranya Pertandingan Puisi Kemerdekaan, Pertandingan Nyanyian Patriotik dan Pertandingan Eksplorace Kemerdekaan.
 
Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat ILP Tangkak Tahun 2023.
 
Anda Semua Hebat!!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tangkak

31 Ogos 2023 - ILP Tangkak mengambil peluang dalam penyertaan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tangkak yang telah dijalankan di Dataran Tangkak. Syabas buat kontigen ILP Tangkak yang disertai oleh pelajar ILP Tangkak dan pensyarah pengiring yang berusaha bagi melancarkan perarakan kemerdekaan tersebut.


“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat ILP Tangkak serta Penyerahan Bendera ILP kepada Team Robot Tempur

22 OGOS 2023 - Telah disempurnakan perasmian gimik sambutan Hari kemerdekan bertema "Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" oleh Tuan Pengarah ILP Tangkak Ts Mohamad Noor Bin Ismail. Majlis pelancaran ini telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) En Mohd Rafizi Bin Yasabah.
 
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Video Gimik ini menggambarkan semua warga ILP Tangkak komited menjayakan dengan satu semangat dalam menjayakan program pendidikan TVET Madani. Setinggi-tinggi terima kasih kepada BPPL dan unit kaunselor serta MPP23 yang terlibat. Semoga Hari kemerdekan ini dapat di hayati oleh siswa siswi kemahiran ILP Tangkak.
 
"Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan