Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2026

14 Februari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2026 melibatkan 24 orang barisan jawatankuasa terpilih.
 
Kursus yang dikendalikan oleh Puan Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi ADTEC JTM Tangkak, ini bertujuan memantapkan kompetensi peserta dalam aspek kemahiran kaunseling, kefahaman peranan, serta teknik berfikir secara kritis dalam membuat keputusan.
 
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan pihak institusi dalam melahirkan barisan pembimbing yang berwibawa, produktif, dan mampu memberikan impak positif kepada ekosistem pelajar.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Fiesta Sukan Ukhwah ADTEC JTM Kampus Tangkak 2026

14 Februari 2026 - ADTEC JTM Tangkak merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Sukan dan Rekreasi) atas penganjuran Program Fiesta Sukan Ukhwah 2026.
 
Penganjuran program ini adalah bukti komitmen pihak institusi dan MPP dalam:
• Mengeratkan integrasi dan ukhwah antara pelajar.
• Memupuk budaya kesejahteraan fizikal (wellness) melalui aktiviti sukan.
• Membentuk sahsiah diri yang seimbang menerusi aktiviti kokurikulum.
 
Semoga semangat kesukanan ini terus membara dalam diri setiap pelajar ADTEC Tangkak.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pengisytiharan Rasmi dan Pelaksanaan Solat Jumaat Sulung di Surau Al-Jazari, ADTEC JTM Kampus Tangkak

13 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak melakar sejarah baharu dengan pengisytiharan rasmi Surau Al-Jazari sebagai premis pelaksanaan Solat Jumaat. Syukur ke hadrat Ilahi, ibadah Solat Jumaat pertama telah selamat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memudahkan urusan para pelajar, warga kerja kampus dan komuniti berhampiran.
 
Pengisytiharan ini telah disempurnakan secara rasmi oleh As-Syeikh Haji Khairudin bin Salimin, Kadi Daerah Tangkak seterusnya mengimamkan solat jumaat pertama di Surau Al-Jazari, ADTEC JTM Kampus Tangkak. Turut diiringi bersama Ustaz Mohamad Idham Aszry Abu Bakar, Pegawai Pentafsir Al Quran Daerah Tangkak dan Ustaz Abdul Rauf Bin Mohd Hairani, Penggerak Masjid Dan Surau Dun Gambir.
 
Semoga kemudahan ini dapat memperkasakan lagi ukhuwah dan syiar Islam di kalangan warga kampus.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pencapaian Cemerlang ADTEC Tangkak dalam Karnival Teknologi Dan Kreativiti (CITEC) JTM 2026

11-12 Februari 2026 - Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja dan para peserta ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan luar biasa di pertandingan CITEC 2026 di ADTEC JTM Kampus Taiping.
 
Melalui komitmen tinggi dan budaya inovasi yang mampan, ADTEC Tangkak telah berjaya membawa pulang sebanyak 13 pingat keseluruhan merangkumi kategori Germanium dan Titanium.
 
Berikut adalah perincian kejayaan mengikut kategori:
 
1. Kategori Germanium (7 Pingat)
 
Platinum:
• Inovasi Katil Pesakit OKU dan Stroke dengan Pengesan Sawan Berteknologi AI.
 
Emas:
• Balitong Siput Sedut Cutter.
• 3P1A For Edu Automation.
 
Perak:
• Go Green Smart Jig.
• Solarbreeze: Sistem Pengudaraan dan Penyejukan Atas Siling Kediaman dengan Sistem IoT.
• Edu PLC Training Kit for Industrial Automation.
 
Gangsa:
• Smart Welding Inspection (AI Welding Inspector System).
 
2. Kategori Titanium (6 Pingat)
 
Perak:
• FITPRO Calibration Fixture.
• RC Detector PH.
• Smart Scarecrow.
 
Gangsa:
• Agrotech Smart Plant.
• Insert Trap Solar Acuaponic System.
• Portable Spot Welder.
 
Pencapaian luar biasa ini melambangkan keunggulan strategik ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam memacu sempadan inovasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan TVET sebagai peneraju utama dalam memartabatkan teknologi negara.
 
Syabas kepada semua pemenang!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan