Accessibility Tools

DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
Talimsolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
CopyofCopyofPengambilanpelajarbaharu83x32in83x32678in1000x400px1300x400px.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Aktiviti Promosi Pendidikan Di SMK Jementah, Segamat

23 September 2025 - Unit Promosi, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menjalankan aktiviti promosi termasuk edaran risalah beserta penerangan berhubung program kemasukan ke Kampus Tangkak 1/2026 yang melibatkan 3 orang tenaga pengajar dan 2 orang pelajar.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Briskwalk Kakitangan dan Pelajar 2025

17 September 2025 - Jawatankuasa Environmental Social Dan Governance (ESG) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan aktiviti Gaya Hidup Sihat “Briskwalk” yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar.
 
Jadual telah disusun bagi setiap bahagian bagi memastikan penyertaan dari seluruh kakitangan dan pelajar tanpa mengganggu jadual kelas dan aktiviti di makmal dan bengkel.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Aktiviti Promosi di Program Jelajah Orang Johor @Dun Serom Aspirasi Orang Muda TVET

13 September 2025 - Program Jelajah Orang Johor @DUN Serom Aspirasi Orang Muda TVET telah berlangsung di Dewan Seri Mutiara, SMK Tengku Mahmood Iskandar. Program ini menjadi medan pertemuan masyarakat setempat dalam mengukuhkan hubungan, berkongsi maklumat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan warga Johor beraspirasikan “TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA”
 
2 orang pegawai daripada ADTEC JTM Kampus Tangkak bersama-sama menyokong pengisian program melalui perkongsian ilmu, kemahiran serta pendedahan berkaitan bidang TVET yang ditawarkan di Kampus Tangkak. Kehadiran mereka diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan teknikal dan latihan kemahiran seiring kehendak industri masa kini.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah dan Taklimat Jenayah Buli

11 September 2025 - Bahagian Pengurusan pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah bagi bulan September.

Sesi Takilmat Jenayah Buli dikalangan pelajar telah diberikan pada perjumpaan ini bagi mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan harmoni, meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif buli serta membentuk pelajar yang berakhlak mulia, saling menghormati dan menyayangi.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Muhammad Azizi Bin Shamsudin dari Unit Siasatan Perundangan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Tangkak diatas taklimat yang telah disampaikan. Semoga kesedaran ini dapat mengekang kejadian buli dan melahirkan persekitaran yang baik dikalangan pelajar.

“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bebas Buli!”

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan