Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Sesi 2/2025

15-17 Disember 2025 - Tahniah! Proses Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
 
Langkah ini merupakan komitmen berterusan kami dalam memastikan kualiti dan kredibiliti persijilan berada pada tahap tertinggi mengikut standard kebangsaan.
 
Syabas kepada semua pelajar! Usaha keras anda dalam latihan amali dan penyediaan portfolio kini telah membuahkan hasil. Anda adalah kebanggaan warga ADTEC JTM Kampus Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Daftar Masuk Segera Menggunakan Keputusan Percubaan (Trial) SPM

ANDA PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2025? TAK PERLU TUNGGU RESULT SEBENAR!
Daftar Masuk Segera Menggunakan Keputusan Percubaan (Trial) SPM.
 
AMBILAN KHAS SIJIL TEKNOLOGI KENAPA MOHON SEKARANG?
  •  Fast Track: Mula belajar lebih awal, tak perlu buang masa duduk di rumah.
  •  Cop Tempat: Kuota terhad. Jamin tempat anda sebelum result SPM sebenar keluar.
  •  Syarat Mudah: Kami terima keputusan Percubaan SPM untuk penilaian kemasukan.
 
SYARAT KEMASUKAN:
  •   Berumur 17 - 35 tahun
  •   Tamat tingkatan 5
  •   Tamat Tahfiz/Madrasah
  •   Tamat Pentaksiran Alternatif Sek Menengah PASM
  •   Boleh membaca, mengira dan menulis
 
BIDANG DITAWARKAN:
  • Sijil Teknologi Polimer (Plastik)
  • Sijil Teknologi Pembuatan
  • Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  • Sijil Teknologi Mekatronik
 
JANGAN TUNGGU LAGI!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Serahan Bantuan Kasih Johor Untuk Penjawat Awam Persekutuan

10 Disember 2025 - Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif murni Bantuan Kasih Johor yang telah diserahkan kepada penjawat awam Persekutuan di negeri Johor, termasuk kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sesi serahan yang turut dihadiri oleh wakil dari SUK Negeri Johor ini mencerminkan keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri Johor terhadap jasa serta peranan penjawat awam Persekutuan dalam menggerakkan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Johor.
 
Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin semangat kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi 2/2025

Seluruh Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi 2/2025 buat semua pelajar.
 
Gunakan segala ilmu yang telah dipelajari di bengkel dan bilik kuliah sebaiknya dan jawab dengan tenang, teliti, dan penuh keyakinan.
 
Semoga usaha gigih anda sepanjang semester ini membuahkan hasil yang cemerlang dan melangkah ke semester seterusnya dengan kejayaan!
 
Kami doakan yang terbaik.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan