Accessibility Tools

tamattingkatan5tanpaplastik.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
Dilanjutkan Sehingga Januari 2026a.png
CopyofCopyofPengambilanpelajarbaharu83x32in83x32678in1000x400px1300x400px.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

ADTEC JTM Kampus Tangkak Cemerlang: Kertas Kerja Terbaik TVET Madani Bagi Bidang Elektrik dan Elektronik

14 Oktober 2025 - TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria atas pencapaian gemilang menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik bagi Bidang Elektrik dan Elektronik!
 
Anugerah berprestij ini disampaikan di MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU), PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN ILB, DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVENSYEN TVET MADANI 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ts. ZULEAH BINTI DARSONG.
 
Kertas kerja kemenangan beliau, bertajuk "Development of EDU PLC Training Kit for Industrial Automation," mengetengahkan inovasi dalam bidang automasi industri. Kajian ini merangkumi:
  • Penggunaan teknologi terkini seperti Komunikasi tanpa wayar melalui Node-RED.
  • Penekanan kepada pengintegrasian perkakasan dan perisian untuk simulasi, pemantauan, dan kawalan sistem automasi.
Kehadiran di majlis ini turut diserikan oleh Encik Ahmad Jefri bin Sabri (Pengarah ILP Tangkak), wakil-wakil dari Industri Lead Body (ILB), dan wakil-wakil daripada UTHM serta UTEM bagi pertukaran dokumen MoU.
 
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam memperkasakan pendidikan TVET yang inovatif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi TVET MADANI.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

From Screw To Boot: Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Komputer Dan Laptop

6-8 Oktober 2025 - Syabas dan Tahniah! Seramai 9 orang kakitangan Kolej Teknologi Termaju Kampus Tangkak telah berjaya menamatkan Kursus "From Screw to Boot: Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer dan Laptop" yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2025.
 
Peserta yang terlibat merangkumi kakitangan dari pelbagai unit, iaitu Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian, Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM), dan Bengkel Teknologi Mekatronik.
 
Kursus intensif ini telah mendedahkan para peserta kepada ilmu dan kemahiran penting dalam dunia perkakasan dan perisian komputer, termasuk:
  • Struktur Dalaman Perkakasan: Memahami setiap komponen.
  • Teknik Pembukaan, Pemasangan & Penyelenggaraan: Menguasai selok-belok 'dalaman' komputer.
  • Pemasangan Sistem Operasi (OS): Langkah demi langkah pemasangan yang betul.
  • Pemasangan Aplikasi Asas & Pemacu Peranti: Memastikan peranti berfungsi dengan optimum.
 
Kami berharap agar kursus ini akan menjadi pencetus semangat dan memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta dalam memperkasakan pengetahuan dan kemahiran mereka. Semoga kemahiran baru ini dapat meningkatkan lagi kecekapan kerja dan pengurusan teknologi merentas unit di Kolej Teknologi Termaju Kampus Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kepakaran Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Terus Diiktiraf

10 Oktober 2025 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada 𝐃𝐫. 𝐖𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐳𝐚𝐦𝐮𝐝-𝐝𝐢𝐧, 𝐂𝐢𝐬𝐜𝐨 𝐀𝐜𝐚𝐝𝐞𝐦𝐲 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐜𝐭𝐨𝐫 dari 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤 diatas sumbangan beliau membimbing peserta 𝐓𝐂𝐓𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐓𝐡𝐢𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐭𝐫𝐲 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞) yang telah dilaksanakan di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) yang telah berjaya menamatkan modul-modul intensif dalam bidang 𝘊𝘺𝘣𝘦𝘳 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺 dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tinggi!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Majlis Perhimpunan Bulanan Tuan Pengarah Bersama Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi bakti tuan dikenang disanjung
Kekal subur dalam ingatan
 
10 Oktober 2025 - Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Begitu lah asam garam sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam. Bagi menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih buat En Abdul Halim Bin Abdul Ghani sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat di institusi ini.
 
Majlis yang bertemakan Kesultanan Melayu bermula dengan perarakan konvoi motosikal dari Taman Negara Johor Gunung Ledang ke Kampus Tangkak dan diteruskan dengan perarakan beca mengelilingi Kampus.
 
Majlis turut diserikan dengan iringan paluan kompang, persembahan tarian zapin serta persembahan dari Band ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Ia bukan sahaja memberi ruang untuk mengenang jasa En. Abdul Halim bin Abd. Ghani, malah mempererat hubungan silaturahim antara semua warga ADTEC Tangkak. Semoga beliau terus diberi Kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam menempuh fasa kehidupan seterusnya.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan