Accessibility Tools

tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Program Kepimpinan MPP dan promosi Jom Masuk ILP.

21 September 2023 - Menjelajah Pulau Besar Melaka merupakan tempat team building MPP kali ini. Pulau Besar merupakan salah satu tempat yang bersejarah di negeri Melaka. Episod kali ini, bahagian pengurusan pelajar dan latihan bersama unit kaunseling memfokuskan semangat kerjasama dan jati diri setiap peserta agar lebih matang dan rasional semasa tugasan di ILP. Pelbagai aktiviti dijalankan disamping mempromosikan Jom Masuk ILP Tangkak dikalangan pengunjung yang hadir.
 
Program ini diketuai oleh Pn Noorasikin bte Shaari selaku ketua, dibantu oleh Pn Zahariah Bte Mansor, En Mohd Rizal Bin Selamat ( Logistik) En Ameeruddin bin Hj Huri (Disiplin dan kecemasan).
 
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan tertinggi yang telah memberi kepercayaan kepada BPPL dan Unit kaunselor melaksanakan program ini. Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah melepasi segala aktiviti sepanjang berkursus.
 
Semoga program ini memberi semangat kepada peserta dan meningkatkan prestasi MPP institut untuk sentiasa berkhidmat dengan cemerlang. Jom masuk ILP Tangkak!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Penyertaan dalam Pameran Pendidikan Kerjaya.

18 September 2023 - ILP Tangkak menerima jemputan penyertaan dalam Pameran Pendidikan Kerjaya Tahun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah, Segamat, Johor.

Ts. Dr. Saiful Din bin Sabdin dengan dibantu oleh 2 orang pegawai pembantu En Muhammad Nur Sadiq Bin Shafiee dan En Pravinbabu A/L Sivan terlibat dengan Sesi Promosi ini bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ILP Tangkak, Kursus-kursus yang ditawarkan dan peluang Pendidikan mahupun laluan kerjaya yang akan dilalui selepas menuntut di ILP Tangkak.


“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Anugerah Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak

17 September 2023 - Tahniah ILP Tangkak di atas kejayaan Tempat Ketiga bagi Anugerah Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak Sempena Amazing Tangkak Festival 2023 Kategori Kolej / Institusi Pendidikan / Latihan.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Lawatan Sambil Belajar SMK Dato’ Onn, Batu Pahat ke ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak

ILP Tangkak menerima kunjungan Lawatan sambal Belajar daripada SMK Dato’ Onn, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor.
 
Sepanjang sesi lawatan, pelajar didedahkan berkaitan kelebihan dan manfaat belaajr di ILP Tangkakpada tenaga kerja Malaysia.
 
Selain itu, pelajar turut diterangkan kursus-kursus yang ditawarkan dan syarat kemasukan selepas SPM, peluang Pendidikan lanjutan dan kerjaya selepas pengajian.
 
Pelajar turut dibawa ke sesi lawatan ke bengkel untuk melihat sendiri sesi pembelajaran dan penggunaan peralatan dan mesin yang digunakan di ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan