Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Program Keagamaan - Program Budaya Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 25–48

13 Februari 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada jurusan Teknologi CADD Mekanikal.
 
Program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar, khususnya balasan syurga bagi orang yang beriman, kisah penciptaan Nabi Adam, turunnya Nabi Adam ke Bumi dan seruan Bani Israil agar mengingati nikmat Allah seperti yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.
 
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Mingguan 2/Februari

13 Februari 2026 || Perhimpunan mingguan pelajar sebagai platform wadah komunikasi strategik antara pihak pentadbiran dan pelajar.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang

Kuala Lumpur, 11 Februari 2026 || Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, En Ahmad Jefri bin Sabri telah menghadiri Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.
 
ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Anugerah 5 Bintang (Penarafan Tunggal Program TVET 2024) bagi tiga (3) program iaitu Teknologi Fabrikasi, Teknologi Mekatronik dan Teknologi Rangkaian Komputer.
 
Pengiktirafan ini menjadi bukti keupayaan Kampus Tangkak dalam menyampaikan latihan kemahiran yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
 
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kampus Tangkak. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuh peranan sebagai salah satu institusi TVET yang unggul di Malaysia.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan - Sesi Ta'lim Kewajipan dan kepentingan Solat Jumaat.

10 Februari 2026 - Selaras dengan pengumuman rasmi pelaksanaan Solat Jumaat di ADTEC JTM Kampus Tangkak bermula 13 Februari 2026, satu sesi Ta’lim bertajuk Kewajipan dan Kepentingan Solat Jumaat' telah berjaya dilaksanakan.
 
Program yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syafiq Bin Wagimi ini bertujuan memperkasakan kefahaman pelajar mengenai tatacara ibadah serta penyelesaian terhadap isu-isu teknikal semasa solat.
 
Inisiatif ini diharap dapat membentuk sahsiah pelajar yang peka terhadap kepentingan tuntutan agama dalam kehidupan seharian.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan