Accessibility Tools

Gemini_Generated_Image_d0enxld0enxld0en.png
Untitleddesign11.png
selamatdatanghasimahkamaljulai2026.png
Gemini_Generated_Image_biwiwebiwiwebiwi.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Program Keagamaan – Kuiz Perdana Aidiladha

19 Mei 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Kuiz Perdana Aidiladha bagi menyemarakkan penghayatan bulan Zulhijjah serta memperkukuhkan kefahaman berkaitan ibadah haji dan ibadah korban dalam kalangan pelajar.
 
Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang berlangsung dalam suasana penuh khusyuk dan harmoni. Seterusnya, para peserta bersama-sama mengimarahkan majlis dengan bacaan Surah Al-Mulk sebelum diteruskan dengan aktiviti utama iaitu Kuiz Perdana Aidiladha yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk menanam nilai penghayatan Islam, memperkukuhkan pengetahuan agama serta memupuk semangat ukhwah dan kerjasama sesama pelajar melalui pendekatan santai dan interaktif.
 
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran dan akademik, malah turut memiliki sahsiah, ilmu dan penghayatan agama yang tinggi.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan