Accessibility Tools

Memperkasakan Sinergi Industri & TVET: ADTEC Tangkak & V.S. Industry Berhad

3 September 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah berlangsung dengan jayanya antara Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Tangkak (JTM) dan V.S. Industry Berhad di Senai, Johor.
 
Pertemuan ini merupakan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jalinan kerjasama industri, khususnya bagi memperkasakan pembangunan bakat dalam bidang Teknologi Mekatronik. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah pembaharuan dokumen Nota Kerjasama (Note of Collaboration) bagi memastikan kelestarian dan kelangsungan kolaborasi yang berimpak tinggi.
 
Semoga sinergi antara institusi latihan dan pemain industri ini terus memacu kecemerlangan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing, dan sedia memenuhi keperluan industri masa kini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles