Accessibility Tools

Program Bengkel Bangsa Malaysia KOMAS Bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak

11 Ogos 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan kerjasama strategik pihak KOMAS telah berjaya menganjurkan Program Bengkel Bangsa Malaysia.
 
Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan KOMAS, pengurusan ADTEC, serta para pelajar bagi memperkukuh nilai perpaduan, kesaksamaan, dan keharmonian sosial.
 
KOMAS merupakan sebuah organisasi masyarakat di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993 dengan matlamat membanteras perkauman, memperkasakan komuniti yang terpinggir, serta menyokong hak dan pembangunan masyarakat Orang Asli serta masyarakat pribumi di Malaysia.
 
Tiga Objektif Utama Program:
• Kesedaran & Perpaduan: Membincangkan isu jurang sosial melalui pendekatan interaktif bagi mengeratkan hubungan.
• Ruang Dialog Selamat: Membina kepercayaan serta sikap saling menghormati merentasi perbezaan kaum dan agama.
• Pemangkin Keharmonian: Melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, malah beradab tinggi dan menghargai nilai kemanusiaan.
 
Sebagai sebuah institusi TVET, matlamat kami bukan sekadar melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi juga insan berintegriti yang mampu hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KOMAS atas kolaborasi bermakna ini. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi perpaduan negara.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles