17 Julai 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada Kursus Teknologi Mekatronik.
Program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar agar mereka dapat meluangkan masa menghayati kalam Allah sebagai santapan rohani, sekali gus membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani.
Selain membaca Al-Quran, para pelajar turut memperoleh pengetahuan berkaitan ayat yang dibaca, iaitu mengenai peristiwa pertukaran arah kiblat daripada Baitulmaqdis ke Masjidil Haram. Pengisian ini membantu pelajar memahami sejarah Islam serta meningkatkan penghayatan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk budaya cintakan Al-Quran, melahirkan generasi yang berakhlak mulia, serta mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
