9 Oktober 2026 - Program Pembudayaan Al-Quran diteruskan lagi pada hari ini dengan penglibatan para pelajar Program Teknologi Fabrikasi Struktur Logam bersama-sama para pengajar.
Program dimulakan dengan bacaan Surah al-Baqarah ayat 191 hingga 202 secara bersama-sama. Aktiviti ini bertujuan untuk menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
Selepas sesi bacaan, program diteruskan dengan perkongsian ringkas berkaitan pengajaran dan iktibar daripada ayat-ayat yang telah dibaca. Perkongsian ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami mesej dan nilai yang terkandung dalam al-Quran serta menghayatinya dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
Majlis diakhiri dengan pelaksanaan solat sunat Dhuha secara berjemaah sebelum para pelajar bergerak ke bengkel untuk meneruskan sesi pembelajaran dan latihan amali
masing-masing.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
