ADTEC Tangkak dengan penuh rasa bangga telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab penuh dalam merancang serta menghasilkan Cenderahati Eksklusif buat VVIP bersempena Majlis Konvokesyen ADTEC JTM Zon Selatan Kali Ke-29 yang diadakan di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat pada 21 dan 22 September 2026..
Β
Mengangkat keunikan seni warisan bangsa, rekaan cenderahati ini mengambil inspirasi daripada permainan tradisional congkak yang merupakan sebahagian daripada identiti budaya masyarakat Malaysia. Pemilihan konsep ini bukan sekadar nilai estetik, malah ia padat dengan falsafah yang melambangkan warisan, kebijaksanaan, susun atur strategi, ketelitian, dan kesinambungan generasi.
Β
Sebagai sebuah institusi yang memacu kemahiran teknologi, kami menterjemahkan nilai tradisional ini ke dalam bentuk kejuruteraan moden yang berketepatan tinggi.
πΉ Nama Cenderahati: Replika Congkak
πΉ Material: Aluminium
πΉ Kaedah Pembuatan: Teknologi CNC Milling & CNC Wire Cut
Β
Karya eksklusif ini adalah bukti komitmen ADTEC Tangkak dalam menggabungkan kehalusan seni tradisional dengan kecanggihan teknologi pembuatan moden. Nilai-nilai tersebut turut selari dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membentuk graduan berkemahiran, berdisiplin serta mampu menghadapi cabaran dunia pekerjaan dan industri.
Β
Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada pakar teknikal kami yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan penghasilan karya ini:
π¨βπ§ En. Sharul Suhaizad Bin Samaan
π¨βπ§ En. Wan Azman Bin Wan Yahaya
Β
Terus cemerlang melahirkan bakat berkemahiran tinggi untuk negara!
Β
βWarisan Dikekalkan, Teknologi Diperkasakan, Generasi Masa Hadapan Dihasilkan.β
Β
βJom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkakβ
βADTEC Tangkak Bestari Dalam Tamanβ
"Empowering Skills, Igniting Futures"
βMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapanβ
Β
