1 Oktober 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berkesempatan menyertai Program Tangkak Berselawat dan Persembahan Kumpulan Nasyid yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tangkak bertempat di Dataran Ledang, Tangkak.
Program ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni, diserikan dengan alunan selawat serta persembahan daripada kumpulan nasyid terkenal, Raihan, yang telah menghidupkan suasana dengan persembahan yang penuh penghayatan dan nilai-nilai keislaman.
Penyertaan MPP dalam program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat, malah menjadi satu platform kepada para pelajar untuk mendekati aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan kebudayaan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
