Accessibility Tools

Lawatan Penyelidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Bengkel Teknologi Polimer ADTEC JTM Kampus Tangkak

3 September 2025 – ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Sesi Lawatan Penyelidikan dari Kumpulan Penyelidik Enhanced Polymer Research Group (EnPRO), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
Sesi lawatan ini di hadiri oleh 5 orang pensyarah/penyelidik antaranya Prof Madya Dr Zurina Mohamad, ⁠Prof Madya Dr Sani Amril Samsudin, ⁠Ir Dr Norhayani Othman, ⁠Dr Norfhairna Baharulrazi, dan ⁠Dr Siti Hajjar Che Man bertujuan bagi meneroka peluang kolaborasi penyelidikan serta perbincangan berkaitan teknologi pemprosesan plastik.
 
Semoga sesi kolaborasi diantara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Universiti Teknologi Malaysia sentiasa dan akan berterusan bagi melestarikan lagi TVET di seluruh negara umumnya.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles