11 - 14 Ogos 2025 – ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran yang terdiri daripada 3 orang pegawai dari ADTEC JTM Kampus Mersing yang terdiri daripada Ir Ts Dr Hairol Bin Jaffar (Ketua Naziran), En. Sani Bin Sulaiman Dan En. Muhammad Latiff Bin Enet Ghani bagi membuat semakan terhadap sistem penilaian dan menyemak penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program persijilan tunggal tahap terendah program Sijil Kemahiran Malaysia.
Lawatan naziran sesi keluaran 1/2025 Bil. 2/2025 telah membuat sesi naziran yang melibatkan melibatkan lawatan pertama seramai 115 calon dan lawatan terakhir seramai 87 orng calon dari Bidang Teknologi Kimpalan, Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas), Teknologi Pembuatan (Perkakasan Plastic Mould), Teknologi Plastik, Teknologi CADD Mekanikal, Teknologi Mekatronik, Teknologi dan Teknologi Komputer (Rangkaian).
Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga pegawai yang hadir. Setiap penemuan dan teguran akan diperhalusi dan diperbaiki untuk masa-masa akan datang bagi menjamin mutu penilaian dan sistem latihan di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
