13 - 14 Ogos 2025 - Program dijalankan selaras dengan arahan dan perancangan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Kimpalan serta berpandukan Garis Panduan Penilaian Kompetensi dan Verifikasi Pengajar Kimpalan 2025.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menilai kemahiran sebenar pengajar bidang kimpalan dalam aspek teori dan amali, seterusnya memastikan keperluan kompetensi pengajar dipenuhi serta selaras dengan pembangunan profesional berterusan.
Seramai 6 orang tenaga pengajar Teknologi Kimpalan Ilp Tangkak terlibat dalam penilaian tersebut dan dua orang pegawai verifikasi yang dilantik oleh jawatankuasa kepakaran telah hadir dalam sesi penilaian kali ini.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
