27 Ogos 2025 - Program Semarak Merdeka peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak terus di semarakkan dengan aktiviti Pertandingan Kuiz Merdeka telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Pertandingan ini dianjurkan bagi menguji pengetahuan para pelajar tentang sejarah tanah air, tokoh-tokoh perjuangan, perlembagaan, lagu patriotik, serta pelbagai fakta menarik berkaitan Malaysia. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menyemai semangat cinta negara serta meningkatkan kefahaman generasi muda tentang erti sebenar kemerdekaan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menguji minda, menambahkan ilmu pengetahuan, dan yang paling penting, menyalakan obor semangat cinta tanah air dalam jiwa generasi muda Malaysia.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
