Accessibility Tools

Program Semarak Merdeka - Pertandingan Suara Patriotik

27 Ogos 2025 - Program Semarak Merdeka – Pertandingan Suara Patriotik telah dianjurkan dengan penuh meriah sempena menyambut Bulan Kebangsaan peringkat Kampus Tangkak. Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat cinta tanah air serta memupuk rasa bangga terhadap identiti Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.
 
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian, malah lebih penting lagi, ia menyemarakkan jiwa patriotisme dalam kalangan pelajar. Ia menjadi bukti bahawa semangat kemerdekaan terus subur dan diwarisi oleh generasi muda Malaysia.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles