28 Ogos 2025 - Majlis Penutup Program Semarak Merdeka peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya mengakhiri rangkaian aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan. Program ini telah menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Suara Patriotik dan Pertandingan Kuiz Merdeka yang semuanya bertujuan menyemarakkan rasa cinta akan tanah air.
Ucapan penutup yang disampaikan oleh tuan pengarah, En Ahmad Jefri Bin Sabri yang menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi perlu dihayati dengan semangat perpaduan, disiplin, dan tanggungjawab untuk membangunkan negara. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pelajar dan jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan program dengan penuh dedikasi.
Secara keseluruhannya, Program Semarak Merdeka telah berjaya menyempurnakan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kampus Tangkak dengan penuh semangat dan kebersamaan. Ia membuktikan bahawa semangat patriotisme sentiasa subur dalam diri rakyat Malaysia dan akan terus diwarisi oleh generasi yang akan datang.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
