π TAHNIAH HEBAT! 19 Peserta ST Microelectronic Muar Berjaya Genggam SKM! π
Kami dari ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 19 orang peserta Kursus Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dari pelbagai jabatan ST Microelectronic Muar!
Semua peserta telah berjaya menamatkan kursus PPT dan menunjukkan ketrampilan cemerlang dalam sesi Verifikasi bersama Pegawai Pengesah Luar (PPL) PPT. Hasilnya, mereka kini secara rasmi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kritikal: MC-091-3:2016 Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri!
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan, membuktikan pengalaman kerja mereka diiktiraf pada tahap tertinggi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Tahniah juga diucapkan kepada barisan Tenaga Pengajar Bengkel Teknologi Mekatronik ADTEC JTM ILP Tangkak atas usaha gigih dan komitmen yang telah berjaya memastikan program ini berjalan lancar sehingga semua peserta memperolehi SKM.
Teruskan menyumbang kepakaran anda kepada industri!

Β