Accessibility Tools

Pengiktirafan Antarabangsa untuk Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak

20-22 September 2025 - Kami dengan bangganya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria dari Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia, ADTEC JTM Kampus Tangkak!
 
Beliau telah berjaya terpilih mengikuti program inisiatif berprestij TMT3 Initiative yang dikendalikan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Kursus ini, yang membawa kepada penganugerahan International Certificate in Online Learning, melibatkan pemilihan khas seramai 25 orang HRD Corp Certified And Accredited Trainers di Malaysia.
 
Proses Pengiktirafan Intensif
Untuk memperolehi pengiktirafan ini dari International Union of Professional Trainers (IUPT), Tn. Hj. Zamry telah melalui proses yang ketat:
3 Hari Kursus Bersemuka
2 Hari Bimbingan secara dalam talian bersama Coach Brownland HResources Sdn Bhd
1 Hari Penilaian (Assessment) secara dalam talian untuk menguji kemahiran dan pengetahuan baharu.
 
Pencapaian ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti individu, malah meletakkan ADTEC JTM Kampus Tangkak sebaris dengan pusat latihan yang melahirkan tenaga pengajar bertaraf antarabangsa dalam pembelajaran dalam talian.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles