25 September 2025 - Kami di ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria atas pelantikan berprestij beliau sebagai Juri bagi Pertandingan Inovasi, Rekacipta dan Kemahiran (INOREKA 2025)!
Pengiktirafan ini membuktikan kredibiliti dan kepakaran tinggi yang dimiliki oleh tenaga pengajar kami dalam bidang inovasi dan kemahiran.
Tn. Hj. Zamry Bersama Ts. Khairul Azha dari UTeM telah menggalas tugas penting dalam menilai sebanyak 30 projek inovasi yang dipertandingkan, merangkumi 5 kategori utama. Sumbangan beliau memastikan hanya projek terbaik dan paling berimpak sahaja yang diangkat!
Kami sentiasa komited dalam melahirkan tenaga pengajar yang bukan sahaja cemerlang di bilik kuliah, tetapi turut diiktiraf di peringkat kebangsaan.
