Accessibility Tools

Program Bimbingan Kerjaya siri 2/2025

26 Julai 2025 – Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) telah mengadakan program bimbingan kerjaya kepada pelajar yang akan menamatkan sesi pengajian bagi siri 2/2025 tahun ini.
 
Sesi Perkongsian ini memberikan pendedahan berkaitan penyediaan resume idaman industri, kaedah menghadiri temuduga, kaedah menjawab soalan penemuduga dan penampilan diri semasa hadir ke sesi temuduga yang disampaikan oleh Mr Ong CS, HRDC Trainer dan Puan Asyiqin dari MMS Training & Consultacy (M) SDN BHD.
 
Semoga pelajar lepasan Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Tangkak terus laris di pasaran industri.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles