Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Program Keagamaan - Istiqamah Dalam Amalan

14 Julai 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung satu ceramah bertajuk "Istiqamah dalam Amalan" yang memberi pengisian bermanfaat kepada para pelajar.
 
Dalam ceramah ini, penceramah menerangkan maksud istiqamah, iaitu kekal teguh dan berterusan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan walaupun berdepan pelbagai cabaran.
 
Turut dikongsikan ialah beberapa cabaran untuk kekal istiqamah dalam amalan seharian, antaranya godaan hawa nafsu, kesibukan urusan harian, pengaruh persekitaran, serta sikap mudah berputus asa.
 
Bagi membantu para peserta terus konsisten dalam beramal, penceramah turut berkongsi beberapa tips untuk sentiasa istiqamah, seperti memperbetulkan niat, mengamalkan ibadah secara berterusan walaupun sedikit, sentiasa berdoa memohon kekuatan daripada Allah SWT, memilih rakan yang baik, serta menghadiri majlis ilmu sebagai sumber motivasi dan peringatan.
 
Semoga perkongsian ilmu ini menjadi panduan buat kita semua untuk terus memperbaiki diri dan kekal istiqamah dalam setiap amalan. Mudah-mudahan segala usaha kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan