Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Riadah Sambil Melestarikan Alam di ADTEC Tangkak

19 Ogos 2026 - Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak kekal bertenaga meneruskan aktiviti Brisk Walk Mingguan! Sesi kali ini dikelolakan dengan cemerlang oleh Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian.
 
Sambil mengeluarkan peluh, peserta turut berpeluang menikmati hasil bumi kampus kita sendiri menerusi sesi memetik rambutan di Dusun Bestari. Satu pendekatan yang santai namun sangat bermakna dalam menyokong agenda kelestarian persekitaran (ESG) kampus.
 
Kesihatan terjaga, alam sekitar terpelihara, dan ukhuwah terus terjalin erat.
 
Teruskan momentum ini, warga ADTEC!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan || Pertandingan Khatib Muda

18 Ogos 2026 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Pertandingan Khatib Muda sebagai salah satu usaha menyemarakkan semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping membentuk keyakinan, keberanian dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
 
Pertandingan ini disertai oleh wakil daripada setiap bengkel, dengan setiap bengkel menghantar seorang wakil untuk mempersembahkan khutbah. Teks khutbah yang digunakan adalah berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
 
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada para pelajar dalam menghayati peranan dan tanggungjawab seorang khatib, malah turut menjadi ruang untuk memartabatkan tulisan Jawi yang semakin kurang digunakan dalam kehidupan seharian.
 
Diharapkan program seperti ini dapat terus diperkasakan pada masa akan datang agar lahir generasi pelajar yang bukan sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal, tetapi turut memiliki jati diri, keberanian, sahsiah dan kecintaan terhadap agama serta Rasulullah SAW.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Penentusahan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran - MC-030-3:2015

Mengekalkan Standard Kecemerlangan di ADTEC Tangkak
 
ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima Lawatan Penentusahan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Sesi penilaian kali ini memfokuskan kepada program Pembuatan Acuan Suntikan Plastik (MC-030-3:2015), selaras dengan matlamat kami untuk terus mengekalkan standard kualiti dan kerelevanan latihan kemahiran seiring dengan kehendak industri.
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Panel Penilai yang dihormati atas komitmen, perkongsian kepakaran, dan pandangan profesional yang diberikan:
👤 En. Izudin Bin Mohamed Sadini
👤 En. Mohamad Huzaimi Bin Abdullah
 
Semoga sinergi dan maklum balas daripada lawatan ini terus menjadi nilai tambah dalam memacu kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Tangkak untuk melahirkan graduan TVET yang berdaya saing tinggi.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Inisiatif Komuniti: ADTEC Tangkak Perkukuh Kemahiran Pelajar Melalui Pengurusan Acara Bersama Tadika Al Hidayah, Tangkak

16 Ogos 2026 - Keterlibatan bersama komuniti sentiasa menjadi salah satu agenda utama di ADTEC JTM Kampus Tangkak. Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah mengambil inisiatif proaktif dengan menawarkan khidmat pengurusan acara dan bertindak sebagai urus setia majlis dengan kerjasama Tadika Al Hidayah Tangkak.
 
Usaha sinergi ini diterajui oleh Pn. Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi ADTEC Tangkak, serta mendapat komitmen penuh daripada Pn. Zahariah, Pegawai Unit Komuniti dan Kerjaya. Kolaborasi ini direka khusus untuk memperkasakan hubungan antara institusi dan masyarakat setempat.
 
Lebih daripada sekadar khidmat komuniti, program sebegini merupakan platform serampang dua mata yang amat bernilai bagi para pelajar. Ia secara langsung melatih pelajar dalam:
• Pembinaan Hubungan (Networking): Membina rangkaian yang baik bersama agensi luar dan komuniti.
• Peningkatan Keyakinan Diri: Menguruskan situasi sebenar dengan profesional.
• Kemahiran Komunikasi Efektif: Mengasah bakat komunikasi yang menjadi elemen kritikal sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan profesional.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan pegawai yang terlibat dalam menjayakan inisiatif bermakna ini!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan