Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Mission Accomplished: Program Perkhemahan Kokurikulum Sesi 2/2026

Selama 2 hari 1 malam (15-16 Ogos 2026), para pelajar Semester 1 & 2 ADTEC JTM Kampus Tangkak telah diuji dari sudut fizikal, mental, dan kepimpinan!
 
Sinergi hebat bersama APM Daerah Tangkak telah memberikan pendedahan kemahiran pertahanan awam yang tidak ternilai buat para peserta.
Penghargaan Khas Kami Kepada:
🛡️ Lt. (PA) Fariza Noor Zainun binti Nasir & seluruh warga kerja APM Daerah Tangkak atas bimbingan profesional.
👥 Barisan Jawatankuasa Penyelaras & Urus Setia ADTEC pimpinan En. Mohd Rafizi bin Yasabah, serta semua pegawai (sepenuh masa & one-off) atas komitmen jitu anda!
🎓 Para peserta yang mempamerkan disiplin dan semangat berpasukan yang luar biasa.
 
Tahniah semua! Terus mara sebagai graduan TVET yang berjiwa kental dan berdaya saing.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Karnival Kerjaya Myfuturejob & Sembang Santai Bersama YBM Menteri KESUMA

​Seramai 160 pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang terdiri daripada pelajar semester akhir dan pelajar Diploma Fabrikasi Logam telah menghadiri Karnival Kerjaya MyFutureJob dan Sembang Santai Bersama YBM Menteri KESUMA, Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.
 
Satu kebanggaan buat kita semua!
​Program ini turut menyaksikan pencapaian amat membanggakan apabila tiga (3) orang pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak secara rasminya telah dilantik sebagai Duta PERKESO:
  1. Mohd Arif Haidil bin Ariffin (Pelajar Sijil Mekatronik / Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa)
  2. ​Saraswathy A/P Sanmugam(Pelajar Sijil Komputer Rangkaian / Ketua Jawatankuasa Disiplin Kelab Pembimbing Rakan Siswa)
  3. ​Go Jun Yong (Pelajar Sijil Mekatronik / Ketua Jawatakuasa Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar)
​​Di samping itu, ruang sesi Sembang Santai bersama YBM Menteri Saudara Muhammad Syah Danish Rizaki (Pelajar Sijil Teknologi Fabrikasi Logam / Ahli Majlis Perwakilan Pelajar) mengambil peluang menyuarakan pandangan dan pendapat berkenaan isu kebajikan pelajar semasa menjalani latihan di lapangan industri.

​Semoga usaha ini membawa impak positif kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Memperkasa Pendidikan Kemahiran: Penyertaan ADTEC Tangkak Di IUC 2026

14 Ogos 2026 – Dalam usaha berterusan menyokong pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima jemputan untuk menjayakan Pameran Pendidikan dan Kerjaya anjuran SMK Dato’ Ahmad Arshad, Segamat, bersempena dengan Perkhemahan Perpaduan Antarabangsa (IUC).
 
Delegasi institut pada kali ini telah diwakili oleh tiga (3) orang pelajar cemerlang dari program Diploma Teknologi Struktur Logam (Minyak dan Gas), dengan bimbingan dan iringan dua (2) orang kakitangan institut.
 
Penglibatan ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan peluang kebolehpasaran kerjaya dalam bidang teknikal, malah ia menjadi platform terbaik buat pelajar kami dalam mengasah kemahiran komunikasi dan kepimpinan apabila berinteraksi secara terus dengan para peserta perkhemahan.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Dato’ Ahmad Arshad atas penganjuran yang cemerlang. Bersama kita melahirkan generasi tenaga kerja mahir negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Memperkasakan Generasi Teknikal Masa Hadapan

14 Ogos 2026 - Majlis Perhimpunan Mingguan Pelajar ADTEC Tangkak telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sesi taklimat dan amanat inspirasi daripada Ketua Jabatan Mekanikal, En Rizza Bin Abas.
 
Kecemerlangan bermula dengan disiplin dan keazaman!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan