Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Program Keagamaan- Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul

13 Ogos 2026 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul pada 13 Ogos 2026, selepas solat Maghrib, bertempat di Surau Al-Jazari, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan penghayatan terhadap sambutan Maulidur Rasul, di samping meningkatkan pengetahuan dan kecintaan para pelajar terhadap sirah serta keperibadian Rasulullah SAW. Aktiviti ini juga menjadi medium pembelajaran yang santai, interaktif dan bermanfaat dalam kalangan warga pelajar.
 
Kuiz telah dijalankan secara dalam talian dan mengandungi sebanyak 35 soalan yang merangkumi pengetahuan berkaitan Rasulullah SAW, sirah dan penghayatan Maulidur Rasul.
 
Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila pertandingan ini berjaya menarik lebih 100 penyertaan daripada para pelajar. Penyertaan yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan minat dan komitmen pelajar dalam menyertai aktiviti kerohanian serta pengisian ilmu yang dianjurkan.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada BPPL dan Majlis Perwakilan Pelajar atas penganjuran program yang bermanfaat ini.
 
Semoga usaha sebegini dapat diteruskan bagi membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kemahiran, malah mempunyai jati diri, akhlak dan kecintaan yang tinggi kepada Rasulullah SAW.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Industry Exposure: Memperkasa Bakat Teknologi Kimpalan

Pada 12 Ogos 2026, seramai 25 orang pelajar Semester 2 Bidang Teknologi Kimpalan, dengan diiringi oleh empat orang tenaga pengajar, telah melengkapkan satu sesi Lawatan Pendedahan Industri (Industry Exposure) di KBV Industry, Seremban.
 
Inisiatif strategik ini dirangka khusus untuk merapatkan jurang antara teori dan praktikal, sekaligus memperkasa pengetahuan teknikal serta pengalaman dunia sebenar para pelajar. Lebih daripada itu, lawatan ini bertujuan untuk menyuntik inspirasi dan menjadi perangsang kepada bakal tenaga mahir ini agar terus cemerlang dalam membina landasan akademik dan profil kemahiran yang kukuh untuk masa hadapan.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak KBV Industry atas kesudian menerima kunjungan kami dan berkongsi kepakaran industri.
 
Semoga pendedahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kerjaya mereka kelak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Aktiviti Briskwalk Mingguan Kelolaan Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran

12 Ogos 2026 - ADTEC Tangkak Cergas : Aktiviti Briskwalk Mingguan Kelolaan Bahagian Pegurusan dan Pentadbiran.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Bengkel Bangsa Malaysia KOMAS Bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak

11 Ogos 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan kerjasama strategik pihak KOMAS telah berjaya menganjurkan Program Bengkel Bangsa Malaysia.
 
Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan KOMAS, pengurusan ADTEC, serta para pelajar bagi memperkukuh nilai perpaduan, kesaksamaan, dan keharmonian sosial.
 
KOMAS merupakan sebuah organisasi masyarakat di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993 dengan matlamat membanteras perkauman, memperkasakan komuniti yang terpinggir, serta menyokong hak dan pembangunan masyarakat Orang Asli serta masyarakat pribumi di Malaysia.
 
Tiga Objektif Utama Program:
• Kesedaran & Perpaduan: Membincangkan isu jurang sosial melalui pendekatan interaktif bagi mengeratkan hubungan.
• Ruang Dialog Selamat: Membina kepercayaan serta sikap saling menghormati merentasi perbezaan kaum dan agama.
• Pemangkin Keharmonian: Melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, malah beradab tinggi dan menghargai nilai kemanusiaan.
 
Sebagai sebuah institusi TVET, matlamat kami bukan sekadar melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi juga insan berintegriti yang mampu hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KOMAS atas kolaborasi bermakna ini. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi perpaduan negara.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan