Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Program Keagamaan - Tazkirah Kemerdekaan

8 September 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Tazkirah berkenaan Kemerdekaan di Surau Al Jazari selepas solat Maghrib. Tazkirah ini menjadi ruang untuk kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar dari sudut kebebasan sebuah negara, tetapi juga dari sudut kemerdekaan jiwa dan kehidupan seorang Muslim.

Dalam tazkirah ini, penceramah menekankan perbezaan bentuk penjajahan pada zaman dahulu dan penjajahan pada zaman sekarang. Jika dahulu penjajahan berlaku melalui penguasaan tanah, kuasa dan pemerintahan, namun pada hari ini penjajahan boleh berlaku dalam bentuk yang lebih halus dan tanpa kita sedari.

Kita diingatkan bahawa manusia pada zaman ini mudah memperhambakan diri kepada trend, gajet, permainan video, media sosial dan pelbagai bentuk hiburan, sehingga kadangkala terlalu leka dan akhirnya terlupa kepada tujuan sebenar kehidupan. Lebih membimbangkan apabila hati dan masa kita lebih banyak terikat kepada perkara-perkara duniawi berbanding memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, kemerdekaan yang hakiki bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada penghambaan kepada selain Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meletakkan Allah sebagai tujuan dan keutamaan dalam setiap aspek kehidupan.

Harapan daripada tazkirah ini agar kita semua dapat mengambil pengajaran dan bermuhasabah tentang erti kemerdekaan yang sebenar. Semoga kita tidak hanya meraikan kemerdekaan negara, tetapi turut berusaha memerdekakan hati daripada kelalaian, ketagihan dunia dan perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.

Semoga kita menjadi generasi yang merdeka jasadnya, merdeka fikirannya dan yang paling utama, merdeka daripada penghambaan kepada selain Allah serta teguh menjadi hamba-Nya.

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

ADTEC Tangkak Terus Melangkah Cergas

2 September 2026 - Aktiviti Brisk Walk Mingguan kali ini telah dijayakan dengan penuh bertenaga di bawah kelolaan Bengkel Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas).
 
Program mingguan ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk memastikan seluruh warga ADTEC Tangkak sentiasa kekal sihat, aktif, dan bersedia memberikan komitmen terbaik dalam tugas harian.
 
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dan tenaga. Jom kekalkan gaya hidup sihat bersama-sama!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Memperkasa Komuniti Melalui Kemahiran Teknikal || Kursus Asas Pemasangan Elektrik

Pada 27 Ogos 2026, Bahagian Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti (CESS) telah menganjurkan Kursus Asas Pemasangan Elektrik bertempat di Bengkel Mekatronik, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Inisiatif Program Customise / Kursus Jangka pendek ini direka khusus untuk memperkasa komuniti setempat, terutamanya golongan rentan, dengan kemahiran teknikal yang praktikal dan relevan.
 
Seramai 10 orang peserta telah menunjukkan komitmen yang cemerlang sepanjang program berlangsung. Kami berharap ilmu yang dikongsi dapat membuka peluang baharu, menambah nilai kemahiran diri, dan seterusnya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Membudayakan Al-Quran - Surah Al-Baqarah ayat 154-169

Program Keagamaan - 4 September 2026 - Program Pembudayaan Al-Quran diteruskan lagi dengan penglibatan pelajar Bengkel Teknologi CADD Mekanikal bersama tenaga pengajar. Pada kali ini, para pelajar membaca dan menelusuri Surah Al-Baqarah ayat 154 hingga 169.
 
Selain membudayakan amalan membaca Al-Quran, program ini turut memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami maklumat ringkas, mesej dan pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibaca. Program ini dapat membentuk dan membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar serta membina suasana pembelajaran yang seimbang dari aspek kemahiran, ilmu dan kerohanian.
 
Semoga usaha kecil ini menjadi satu langkah berterusan dalam membentuk generasi pelajar yang bukan sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal, malah dekat dengan Al-Quran dan mampu menghayati ajarannya dalam kehidupan seharian.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan