Accessibility Tools

Lawatan Industri CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke Premium Micro Mold Sdn. Bhd.

12 Januari 2026 - CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mengadakan Lawatan Industri ke Premium Micro Mold Sdn. Bhd. yang melibatkan pegawai-pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Tc. Hjh. Syakila Binti Zainal, En. Azrul Anuar Bin Ghazali dan Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan industri serta membuka peluang kerjasama strategik baharu bagi tahun 2026, khususnya dalam aspek latihan kemahiran, pendedahan kepada teknologi industri terkini serta potensi kolaborasi latihan berasaskan industri.
 
Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Premium Micro Mold Sdn. Bhd. atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang amat bermakna. Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan pada masa hadapan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles