12 Januari 2026 - Satu perhimpunan pelajar bersama Ts. Mohd Nazri bin Salim, Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran, telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna ADTEC JTM Kampus Tangkak. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan sebagai platform komunikasi dan penyelarasan antara pihak pengurusan dan para pelajar.
Fokus utama perhimpunan ini adalah untuk memperkasa disiplin pelajar bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang harmoni, selamat dan kondusif. Dalam ucapannya, Ts. Mohd Nazri bin Salim menegaskan kepentingan pematuhan terhadap peraturan institusi serta menyeru para pelajar agar sentiasa mengekalkan fokus, komitmen dan disiplin diri sepanjang tahun 2026 demi kecemerlangan akademik dan sahsiah.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
