Accessibility Tools

Program Penyesuaian Kendiri Leadventure Pelajar Semester Pertama

11 Januari 2026 - Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Puan Rabiatul Adawiyah, Penasihat Pelajar Diploma Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Segamat, telah berjaya menganjurkan Program Penyesuaian Kendiri Leadventure bagi pelajar semester pertama ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Program ini dirangka khusus untuk memperkukuh penyesuaian kendiri pelajar merangkumi aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran, selaras dengan keperluan peralihan ke alam pendidikan teknikal dan kemahiran.
 
Pendekatan ini bertujuan membentuk pelajar yang lebih berdaya tahan, berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran pembelajaran, seterusnya melahirkan Pelajar Kemahiran Kelas Pertama.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles