Accessibility Tools

Program Ride Pro (Ride & Promosi) ADTEC JTM Kampus Tangkak

24 Disember 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya melaksanakan Program Ride Pro (Ride & Promosi) yang melibatkan penyertaan 14 buah motosikal dalam kalangan pensyarah dan kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Program ini telah bermula dengan Majlis Perlepasan Rasmi yang diadakan di perkarangan hadapan pintu masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak sebelum konvoi bermotosikal bergerak mengikut laluan yang telah dirancang merentasi beberapa negeri, iaitu Tangkak – Bekoh, Melaka – Pekan Pasir Besar, Negeri Sembilan – Pasar Besar Temerloh, Pahang – Bentong, Pahang, dan seterusnya kembali semula ke ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sepanjang perjalanan tersebut, pasukan Ride Pro telah singgah di beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti restoran, warung makan, pekan, pasar awam serta hentian rehat, bagi melaksanakan aktiviti promosi pengambilan pelajar Sesi 1-2026. Kaedah promosi telah dijalankan melalui edaran brosur dan penerangan secara bersemuka kepada masyarakat setempat, khususnya kepada golongan belia dan ibu bapa mengenai peluang menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kursus-kursus yang ditawarkan oleh ADTEC Tangkak, malah turut memperkukuhkan hubungan institusi dengan komuniti setempat serta mempamerkan imej ADTEC JTM Kampus Tangkak sebagai sebuah institusi latihan kemahiran yang aktif, progresif dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.
 
Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan yang terlibat, pihak pengurusan institut, serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong agenda pembangunan modal insan berkemahiran dan memperkasa bidang TVET di negara ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Related Articles