Accessibility Tools

Program Keagamaan || Pertandingan Khatib Muda

18 Ogos 2026 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Pertandingan Khatib Muda sebagai salah satu usaha menyemarakkan semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping membentuk keyakinan, keberanian dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
 
Pertandingan ini disertai oleh wakil daripada setiap bengkel, dengan setiap bengkel menghantar seorang wakil untuk mempersembahkan khutbah. Teks khutbah yang digunakan adalah berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
 
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada para pelajar dalam menghayati peranan dan tanggungjawab seorang khatib, malah turut menjadi ruang untuk memartabatkan tulisan Jawi yang semakin kurang digunakan dalam kehidupan seharian.
 
Diharapkan program seperti ini dapat terus diperkasakan pada masa akan datang agar lahir generasi pelajar yang bukan sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal, tetapi turut memiliki jati diri, keberanian, sahsiah dan kecintaan terhadap agama serta Rasulullah SAW.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles