Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Briskwalk Mingguan Kelolaan Bengkel Teknologi Kimpalan Arka Logam

26 Ogos 2026 - Inisiatif Briskwalk Mingguan diteruskan dan kali ini dilaksanakan dibawah kelolaan Bengkel Teknologi Kimpalan Arka Logam terus komited memperkasa kesihatan dan merapatkan ukhuwah warga kampus.
 
Keseimbangan antara kerjaya dan gaya hidup sihat adalah asas kepada produktiviti yang optimum. Terus kekal cergas dan cemerlang!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Memperkasakan Pemimpin Masa Hadapan di SEBARA FEST 2026

24 Ogos 2026 - Kami berbesar hati untuk menyertai dan menjayakan Pameran Pendidikan dan Kerjaya sempena SEBARA FEST (Festival Keusahawanan, Pendidikan dan Inovasi) 2026 anjuran SMK Bandar Putra, Segamat, Johor.
 
Inisiatif ini selari dengan komitmen berterusan kami untuk membimbing serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar dalam merencana laluan akademik dan kerjaya yang cemerlang. Menjadi satu kebanggaan buat kami apabila dapat berinteraksi secara terus dengan generasi muda yang penuh dengan potensi dan inovasi.
 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Bandar Putra atas penganjuran festival yang amat berimpak tinggi ini. Kami menantikan lebih banyak peluang sinergi pada masa akan datang!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Karnival Pendidikan Madani Daerah Tangkak 2026: Memperkasa Masa Hadapan Melalui TVET

20 Ogos 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengadakan pameran di Karnival Pendidikan Madani Daerah Tangkak Tahun 2026, anjuran TVETMARA Ledang, Johor.
 
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami dalam menyokong agenda pendidikan teknikal negara. Menerusi platform ini, kami berpeluang untuk:
• Memberikan pendedahan komprehensif kepada komuniti setempat mengenai kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan kerjaya masa hadapan.
• Berkongsi maklumat terperinci mengenai program kemasukan, fasiliti, dan prospek kerjaya kepada bakal pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
• Menarik minat generasi muda untuk merebut peluang kelayakan kemahiran tahap tinggi yang ditawarkan oleh institusi kami.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, TVETMARA Ledang, atas inisiatif cemerlang ini serta kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan reruai kami.
 
Pendidikan kemahiran adalah pemangkin kemajuan industri negara. Bersama kita jayakan agenda TVET!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Khidmat Bakti Ummah: ADTEC Tangkak Sebagai Urusetia Kendarat Maulidur Rasul 1448H Peringkat Daerah Tangkak

Salam Maulidur Rasul buat seluruh Muslimin dan Muslimat!
 
25 Ogos 2026 – Menggalas tanggungjawab sosial dan menyantuni komuniti setempat, warga ADTEC Tangkak telah diberi penghormatan untuk bertugas sebagai Urusetia Kendarat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Daerah Tangkak yang telah berlangsung di Masjid Bandar Tangkak.
 
Menzahirkan semangat kebersamaan yang utuh, urusetia yang terdiri daripada 3 orang kakitangan dan 7 orang pelajar telah menggembleng tenaga membantu memastikan kelancaran majlis yang penuh barakah ini.
 
Semoga sumbangan tenaga yang dihulurkan oleh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak ini tidak sekadar memberi manfaat kepada jemaah dan masyarakat, malah menjadi asbab kebaikan dalam mengeratkan ukhuwah Islamiah. Lebih utama, moga ia menjadi medium dalam menyemarakkan lagi rasa mahabbah (kecintaan) kita yang tidak berbelah bahagi terhadap junjungan mulia, Baginda Nabi Muhammad SAW.
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M daripada kami di ADTEC Tangkak.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan