Accessibility Tools

Memperkasakan Pemimpin Masa Hadapan di SEBARA FEST 2026

24 Ogos 2026 - Kami berbesar hati untuk menyertai dan menjayakan Pameran Pendidikan dan Kerjaya sempena SEBARA FEST (Festival Keusahawanan, Pendidikan dan Inovasi) 2026 anjuran SMK Bandar Putra, Segamat, Johor.
 
Inisiatif ini selari dengan komitmen berterusan kami untuk membimbing serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar dalam merencana laluan akademik dan kerjaya yang cemerlang. Menjadi satu kebanggaan buat kami apabila dapat berinteraksi secara terus dengan generasi muda yang penuh dengan potensi dan inovasi.
 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Bandar Putra atas penganjuran festival yang amat berimpak tinggi ini. Kami menantikan lebih banyak peluang sinergi pada masa akan datang!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles