Accessibility Tools

Kursus Anjakan Paradigma Pengajian TVET

21–23 April 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak terus memperkukuh komitmen dalam memastikan tenaga pengajar sentiasa kompeten, progresif dan relevan dengan keperluan semasa. Penekanan diberikan kepada penerapan kaedah pengajaran moden selaras dengan perkembangan teknologi digital serta Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), di samping memenuhi piawaian Training-The-Trainer (TTT) dalam bidang TVET.
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Johari Bin Abdul Hamid, tenaga pengajar bidang Teknologi Kimpalan Arka Logam, atas kejayaan cemerlang dalam menyempurnakan semua agenda Kursus Anjakan Paradigma Pengajian TVET di bawah Projek 5: Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Tenaga Pengajar TVET dan Personnel SPKM (Skop 1.2 – Pembangunan Bakat Pengajar).
 
Kursus ini merupakan sebahagian daripada Kursus Kompetensi PPTVET di bawah Pelan Latihan (Training Road Map) bagi Skim Pegawai Latihan Vokasional (PLV) dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
 
Pelaksanaan kursus telah berlangsung di The Strait Hotel & Suites (Asia Hotel), Melaka, dengan penyertaan PLV dan PPLV ADTEC JTM dari seluruh Malaysia.
 
Semoga usaha ini terus memperkasa kualiti pengajaran TVET negara ke arah kecemerlangan berterusan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles