18 April 2026 - Program Intervensi Belia Benci Dadah yang merupakan inisiatif kolaboratif antara Unit Pengurusan Psikologi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Muar dan Tangkak telah berjaya dilaksanakan di Gelanggang Futsal Majlis Daerah Tangkak.
Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.
Program ini telah melibatkan penyertaan pelajar daripada ADTEC JTM Kampus Tangkak, Kolej Kemahiran Tinggi MARA serta belia setempat, selaras dengan usaha berterusan membentuk komuniti belia yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan bebas daripada pengaruh negatif.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
