17 April 2026 - Majlis Ukhwah Pelajar, Kakitangan dan Komuniti Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah sebagai simbolik sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menghimpunkan pelajar, kakitangan serta komuniti ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Pelbagai pengisian menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan majlis, antaranya Penyampaian duit raya kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak berstatus Yatim Piatu Sumbangan Zakat dari Puan Zaiton Binti Daud, Pertandingan Booth Terbaik, Pertandingan Pakaian Terbaik Lelaki dan Perempuan bagi kategori staf dan pelajar, serta cabutan bertuah yang menambah lagi kemeriahan suasana.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga semangat ukhwah dan kebersamaan ini terus diperkukuh dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat.
Pergi ke kota membeli-belah,
Singgah sebentar di rumah saudara,
Syawal tiba membawa berkat,
Ukhuwah terjalin sesama kita.
Burung merpati terbang berdua,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Aidilfitri hari mulia,
Mengeratkan kasih sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Daripada
Seluruh Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
