21 April 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Program Tontonan Filem Pendek yang menampilkan karya daripada Ustaz Wadi Anuar bertajuk “Sengketa”.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang nilai-nilai murni, kepentingan menjaga hubungan sesama insan serta cara mengurus konflik dengan bijaksana. Sepanjang tontonan berlangsung, para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan memberikan maklum balas yang positif terhadap mesej yang disampaikan dalam filem tersebut.
Melalui tontonan filem ini, diharapkan para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak dapat:
1.Mengambil iktibar daripada jalan cerita yang dipaparkan
2.Mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati
3.Mengelakkan perselisihan faham yang boleh merosakkan hubungan
4.Membentuk sahsiah diri yang lebih matang dan berakhlak mulia
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium pembelajaran santai yang memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah pelajar.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
