Accessibility Tools

Jalinan Kerjasama Industri – ADTEC Tangkak - Nee Soon Teknik Sdn. Bhd.

2 April 2026 - Memperkukuh ekosistem TVET menerusi sinergi industri!
 
Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak hari ini telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Nee Soon Teknik Sdn. Bhd. bertujuan untuk memantapkan kolaborasi strategik antara institusi dan pemain industri utama.
 
Pertemuan produktif ini telah memfokuskan kepada empat (4) agenda utama demi pembangunan modal insan dan kecemerlangan graduan:
✅ Program ADI PEKERJAAN – Membuka ruang kerjaya yang lebih luas buat graduan.
✅ Latihan Industri Pelajar (OJT) – Memastikan pelajar mendapat pendedahan teknikal yang realistik.
✅ Perkongsian Ilmu Industri (Sharing Knowledge) – Membawa kepakaran industri terus ke dalam kampus.
✅ Latihan Sangkutan Industri (Staf) – Peningkatan kompetensi tenaga pengajar melalui pengalaman praktikal di lapangan.
 
Delegasi ADTEC Tangkak diwakili oleh:
• Cik Siti Normaya binti Bilmas (Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi)
• Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan bin Ahmad Azamud-Din (Ketua Jabatan Elektrikal)
• En. Noor Hadi bin Misran (Penolong Pengarah CESS)
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak Nee Soon Teknik Sdn. Bhd. atas kesediaan menerima kunjungan kami. Semoga kerjasama ini membuahkan hasil yang impak tinggi bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang relevan dengan keperluan industri masa kini!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles