Dalam usaha memperkukuh kompetensi teknikal serta meningkatkan profesionalisme tenaga pengajar, ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui Bengkel Teknologi Fabrikasi Logam telah menganjurkan Kursus Penguasaan Mesin Lenturan Elektrik untuk Aplikasi Struktur Keluli di bawah Program Latihan Kemahiran (PLK) Tahun 2026.
Kursus selama tiga hari ini melibatkan penyertaan seramai 10 orang tenaga pengajar, dengan memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran pengendalian mesin lenturan elektrik, pemahaman teknik lenturan serta aplikasi teknologi dalam kerja-kerja fabrikasi struktur keluli.
Pelaksanaan kursus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan kompetensi berterusan bagi memastikan tenaga pengajar sentiasa dilengkapi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal yang relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri semasa.
Diharapkan penganjuran kursus ini dapat memperkukuh kualiti penyampaian latihan TVET, meningkatkan kecekapan pengajaran amali serta melahirkan tenaga pengajar yang kompeten, profesional dan berdaya saing.
ADTEC JTM Kampus Tangkak komited memperkasakan kecemerlangan TVET melalui pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
