Accessibility Tools

Lawatan Ilmiah Ke Bazar Buku Antarabangsa Johor (BBAJ) 2026

24 Ogos 2026 - Inisiatif pemerkasaan ilmu diteruskan! warga kampus ADTEC Tangkak telah meluangkan masa memeriahkan sesi lawatan ke Bazar Buku Antarabangsa Johor (BBAJ) 2026 di Paradigm Mall, Johor Bahru.
 
Tahniah kepada Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ADTEC Tangkak atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini dalam usaha menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan warga kampus.
 
Bagi anda yang belum berkunjung, jangan lepaskan peluang ke BBAJ 2026 yang sedang berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos 2026. Pelbagai bahan bacaan menarik menanti anda di sana!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles