Accessibility Tools

ADTEC Tangkak Johan Keseluruhan Dalam Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!!
 
22 Ogos 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan cemerlang merangkul 3 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa bagi 5 acara yang disertai dan seterusnya dinobatkan Johan Keseluruhan di Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara yang telah berlangsung dengan jayanya di IKTBN Pagoh.
 
Pingat Emas:
• Acara Ping Pong
• Acara Dart
• Acara Carrom
 
Pingat Gangsa:
• Acara Badminton
 
Semangat juang, dedikasi, dan komitmen tinggi yang anda pamerkan sepanjang kejohanan ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus.
 
Teruskan kecemerlangan, bukan sahaja di gelanggang sukan tetapi juga dalam bidang kemahiran!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles